live life to the fullest
Thursday, April 18, 2013
Rumah pertamaku..
Entry kali ni bukan cerita pasal skim rumah pertamaku yang sering diutarakan dlm segala cerut media dsbnya..
tp entry kali ni adalah serba sedikit cerita pasal rumah pertama aku..tujuan aku buka entry ini bukanlah untuk membanggakan
diri ataupon riak..tp sekadar ingin berkongsi pengalaman dan knowledge yg aku ada setelah aku sndr mengalami sndr pengalamn
membeli sebuah rumah dgn menggunakan loan kerajaan..
Alhamdulillah...syukur pada Allah swt akhirnya loan rumah aku lulus. Nama pun aku ni staf gomen jadi sudah tentunya loan gomen la yang aku minta. Mesti ade yang kata, dah loan gomen confirm lulus kan. Betul loan gomen ni kalau cukup syarat confirm lulus tapi sbg orang yang baru 1st time nak minta loan gomen ni ade la juga sikit2 rasa takut kat dalam diri. Yela...orang lain gaji dah mantap, yang aku ni pula gaji dok merangkak lagi of course la aku risau.
Cerita nya bermula apabila aku dan suami berbincang dan sepakat yg kami patut ada sebuah rumah untuk kami dan anak2,memandang kan kami hanya menumpang di quarters tempat aku kerja di negeri perlis.dan bermula lah episod membuat sedikit research ttg cara untuk membeli sebuah rumah termasuk la segala advantage dan skim yg kerajaan telah sediakan kepada govermnet servant.
perkara yg perlu tau serba sedikit sebelum jupe dgn pemaju:
i)pastikan berapa jumlah pemaju minta untuk duit booking rumah.(pemaju aku knakan rm5000 cash duit booking,dan rm200 untuk register air dan elektrik,rm4800 untuk duit lawyer.pastikan resit di beri semasa membuat pembayaran,dan jika duit booking ini fully untuk pemaju,pasti kan pemaju menolak duit tersebut untuk hrga rumah yg anda beli.)
p/s:untuk duit peguam biasa nya cas yg dikenakan adalah 1% drpd harga rumah
ii)semasa ingin membuat byran peguam,pastikan anda mengingatkan tentang 50% yuran guaman di tanggung oleh kerajaan
bg pembeli rumah kali pertama,utk gomen shj. (jgn lupe gunakan segala peluang yg ada!)
iii)semasa membuat rundingan dgn pemaju,jgn lupe tnye segala aksesori yg diberikan untuk rumah berkenaan,
tiles smpi mane,poin2 lampu,kipas dan soket,poin aircond included ke x,pagar brick ke x,paster ceiling dsbnya..
pastikan harga rumah berpatutan dgn ape yg ditawarkan termasuk luas binaan dan luas kawasan rumah=).
Selepas rundingan dan aku dan suami bersetuju dgn rumah tersebut.Alhamdulillah segala urusan semua diuruskan oleh pegawai pemasaran company pemaju tersebut.segala document peguam hnya diuruskan oleh pemaju,dan aku hnya perlu utk mengisi borang permohonan pinjaman perumahan perbendaraan malaysia secara online di http://bpp.treasury.gov.my/web/, cetak permohonan
dan pemaju yg poskan ke putrajaya.=)
Jujurnya aku ni bukannya ade cukup simpanan pun nak beli rumah. Bukan kata takde duit langsung, tapi cuma tak cukup. Korang tau la preparation untuk beli dan untuk masuk rumah baru ni bukan sikit. Paling2 koman pun atleast kena ada cash RM10k - RM15k untuk duit lawyer dan duit nak masuk rumah. Tapi Allah tu maha kaya, dia sentiasa membantu hambanya yang lemah yang sentiasa memerlukan bantuan-Nya. Alhamdulillah, Allah sentiasa membukakan pintu rezeki kepada hamba-hamba-Nya. Yang penting kita kena usaha, fikir dan sentiasa meminta bantuan dari-Nya. skrg tengah kumpul duit untuk duit masuk rumah aje. Takde la nak kumpul sampai RM20k, tapi kalau boleh lepas duit untuk buat grill dan untuk wirering rumah dan kabinet dapur pun jadi la. Yang lain2 tu leh fikir kemudian.
Subscribe to:
Posts (Atom)